Koleksi and Penggunaan Informasi: Hot FM adalah pemilik mutlak kepada informasi yang di kumpul dalam laman web ini. Pinnacle Media Worldwide tidak akan menjual, menyewa, atau kongsi informasi ini selain dari yang di nyatakan dalam penyata ini. Tambahan pula, Hot FM telah menandatangani perjanjian untuk tidak menjual, menyewa atau kongsi informasi ini selain yang di nyatakan dalam penyata ini. Pinnacle Media Worldwide mengumpul informasi dari pengguna kami untuk Hot FM dari pelbagai bahagian di laman web kami.
Pendaftaran: Untuk menggunakan laman web ini, pengguna harus melengkapkan borang pendaftaran. Semasa pendaftaran, pengguna harus memberi maklumat peribadi (nama dan alamat e-mel) dan informasi demografi (poskod, tarikh lahir, jantina dan kaum). Informasi ini di gunakan untuk menghubungi pengguna dan mengendalikan penyelidikan muzik dalam talian untuk Hot FM.
Pematuhan COPPA (Children's Online Privacy Protection Act): Laman web ini tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Jikalau kanak-kanak di bawah umur 13 cuba untuk mendaftar, kami akan menghalang pendaftaran itu dan tidak akan menyimpan sebarang informasi dari pengguna tersebut. Lagipun, laman web kami memasangi "cookie" kepada computer pengguna tersebut supaya mereka tidak boleh cuba mendaftar lagi. Jikalau kami mendapat tahu bahawa pendaftar adalah di bawah umur 13, kami akan menghapuskan segala maklumat peribadi dan data yang di beri oleh pengguna tersebut. Jikalau anda mempunyai soalan mengenai pematuhan COPPA kami, sila hantar e-mel ke security@listenerpower.com
Cookie:"Cookie" adalah data yang tersimpan dalam "hard drive" pengguna dan mengandungi informasi pengguna. Penggunaan "cookie" tidak berkenaan dengan sebarang maklumat peribadi semasa di laman kami. "Cookie" membenarkan kami memastikan kebenaran pengguna dan menghalang kanak-kanak di bawah umur 13 mendaftar di laman ini.
Perkongsian: Kami rakan kongsi dengan Hot FM untuk memberi perkhidmatan-perkhidamatan tertentu. Apabila pengguna mendaftar untuk perkhidmatan-perkhidmatan ini, kami akan berkongsi nama atau maklumat lain yang diperlukan untuk Hot FM memberi perkhidmatan-perkhidmatan ini. Pinnacle Media Worldwide and Hot FM tidak akan menggunakan informasi peribadi kecuali untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.
Sambungan: Laman web ini mengandungi sambungan ke laman web yang lain. Sila mengambil perhatian bahawa Pinnacle Media Worldwide dan Hot FM tidak bertanggunjawab untuk amalan peribadi laman web itu. Kami menggalakkan anda meninjau dengan teliti polisi peribadi setiap laman yang anda kunjungi. Penyata Peribadi ini hanya dikaitkan dengan informasi yang dikumpul oleh laman web ini.
Tinjauan & Peraduan Laman web kami meminta informasi dari pengguna melalui tinjauan atau peraduan. Penyertaan dalam tinjauan atau peraduan adalah secara sukarela dan pengguna mempunyai pilihan untuk memberi atau tidak memberi informasi ini. Informasi yang di minta mungkin termasuk maklumat peribadi (nama dan alamat e-mel) dan informasi demografi (poskod, umur, jantina dan kaum). Maklumat peribadi akan di gunakan untuk menjemput pengguna untu menyertai penyelidikan musik dalam talian dan untuk memberitahu pengguna mengenai peraduan-peraduan yang di adakan oleh radio stesen. Informasi dari tinjauan akan digunakan untuk memantau dan memperbaiki penggunaan laman ini dan kepuasan keseluruhan pengguna Hot FM.
Rujuk Kawan: Ini adalah satu sahaja jemputan secara e-mel. Pinnacla Media Worldwide tidak menyimpan sebarang maklumat peribadi atau alamat e-mel pihak yang di hubungi melalui fungsi "rujuk kawan" di laman web ini, kecuali mereka yang memilih untuk mendaftar sebagai ahli. Ini hanyalah alat promosi untuk Hot FM dan tidak di gunnakakn untuk mengumpul data.
Sekuriti / Perlindungan: Laman web ini mengambil setiap langkah untuk melindungi informasi pengguna-pengguna kami. Apabila pengguna memberi informasi yang sensitive melalui laman web, informasi anda dilindungi di dalam dan luar talian. Semua informasi pengguna kami, bukan sahaja informasi yang sensitif seperti di atas, adalah terhad kepada pejabat kami dan di Hot FM. Hanya pekerja-pekerja yang memerlukan informasi untuk tugas tertentu (contohnya, Pengarah Program radio stesen atau pengarah promosi) akan diberi akses kepada maklumat-maklumat peribadi. Tambahan pula, semua pekerja-pekerja diberi maklumat-maklumat terkini mengenai sekuriti dan amalan peribadi kami. Maklumat peribadi yang kami simpan di dalam "server" berada di persekitaran yang selamat. Jikalau anda mempunyai soalan mengenai sekuriti laman web kami, sila hantar e-mel ke security@listenerpower.com.
Tawaran Istimewa: Kami akan hantar e-mel sambutan kepada semua ahli baru untuk mengesahkan pendaftaran. Ahli-ahli lain akan sekali-sekala menerima informasi mengenai peraduan stesen dan tawaran istimewa. Atas kehormatan privasi pengguna, kami memberi pilihan untuk tidak menerima komunikasi-komunikasi seperti ini. Sila rujuk kepada pilihan di bawah.
Laman dan Perkhidmatan Terkini: Kami juga akan hantar pengumuman mengenai laman dan perkhidmatan terkini kepada para pengguna. Ahli tidak boleh tidak melanggan kepada pengumuman perkhidmatan yang mengandungi maklumat penting mengenai perkhidamatan itu. Kami berkomunikasi dengan pengguna untuk memberi perkhidmatan yang diminta dan menghantar e-mel mengenai isu-isu akaun mereka.
Pembetulan / Mengemaskinikan Informasi Peribadi: Jikalau maklumat peribadi pengguna berubah (seumpamanya poskod), atau pengguna tidak mahu menggunakan perkhidmatan kami, kami akan berusaha untuk memberi cara untuk membetulkan, mengemaskinikan atau mengeluarkan data peribadi pengguna yang diberi kepada kami. Ini boleh dilakukan dengan menekan "Update account" di bawah setiap e-mel yang kami hantarkan. Anda juga boleh mengemaskinikan akaun anda dengan menghantar e-mel kepada Hot FM dengan informasi betul dan terkini anda.
Pilihan Keluar: Pengguna kami di beri peluang untuk menolak jemputan untuk memberi informasi mereka bagi kegunaan yang tidak berkenaan dengan laman kami. Contohnya, borang pendaftaran kami mempunyai mekanisme 'tolak' ini dimana alamat e-mel pengguna tidak akan berada di senarai kami walaupun pengguna mahu menyertai tinjauan dalam talian tetapi tidak mahu menyertai bahan pemasaran.
Pengguna yang tidak mahu menerima jemputan tinjauan atau bahan pemasaran dari Hot FM boleh menolak komunikasi ini dengan membalas e-mel dengan "tolak langgan" sebagai tajuk e-mel, atau mengikuti arahan "Alih Sendiri" yang terletak di bawah setiap e-mel, atau dengan mengklik hubungan "Sila Alih…" di bawah laman pendaftaran Hot FM.
Notis Perubahan: Jikalau kami akan menggunakan maklumat peribadi lain dari yang di nyatakan semasa pengumpulan, kami akan memberitahu anda melalui e-mel. Anda mempunyai pilihan sama ada kami boleh menggunakan informasi ini dengan cara lain itu. Kalau anda sudah menolak komunikasi ini, anda tidak akan di beritahu dan maklumat anda tidak akan digunakan dengan cara baru ini. Tambahan pula, kalau kami membuat sebarang perubahan penting yang tidak menjejaskan informasi yang sudah di simpan di dalam pangkalan data kami, kami akan menampalkan notis di laman web kami. Bagi pengguna yang sedia menerima komunikasi dari kami, kami akan menghantar e-mel memberitahu mereka akan perubahan kepada penyata peribadi ini.
Contact Information
: If you have any questions or suggestions regarding this privacy policy statement, contact us at:
Phone: +1.760.731.1141
Fax: +1.760.731.1187
privacy@listenerpower.com
Pinnacle Media Worldwide
931 S Mission Rd
Fallbrook, CA 92028 USA